http://books.google.co.id/books?id=rQt5OAvlO9kC&lpg=PP1&dq=matematik%20pmr&hl=id&pg=PA1#v=onepage&q=matematik%20pmr&f=false

Wednesday, June 30, 2010

SYAIR

Tajuk: Syair Raja Sakti

Oleh: Tok Uban



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum,Ya Habibati,

Ku lafazkan buat yang tercinta,

Sebagai doa tulus hatiku,

Kepada Allah dewata maharaya

Penguasa tujuh petala langit & bumi.



Semoga dikau Ya Habibati,

Dinaungi Penguasa yang amat Mengasihi,

Tiap detik dan Waktu,

Dari segala tipu daya thoghut durjana

Jua dari bahaya bencana.

Kerna dikau lah insane yang paling kucintai,

Dikau yang satu, tiada duanya dihatiku,



Wahai Adinda yang paling ku kasihi,

Ingatlah selalu kepada Allah,

Tak kira dimana jua beradanya.

Dan tak kira bila waktu dan lahzohnya,

Lazfazkanlah Zikrullah!



Kembalilah kita lihat dan renung,

Marilah sama kita hayati,

Akan sabda baginda Rasulullah yang terjunjung,

“Takut lah kamu kepada Allah, walau dalam keadaan apa sekalipun”



Nasihat Sang Ratu untuk Rajanya,

Ingatan Kekanda buat Adindanya,

Wasiat si ayah akan anaknya,

Teguran Sang Guru kepada Muridnya,

Hidup saling ingat-mengingat,

Kerana Takut akan tuhannya,

Barulah hidup Aman bahagia,



Hidup dunia bukanlah kekal,

Yang pastinya kekal juanya akhirat,

Bersungguh-sungguhlah kita membuat bekalan,

Jangan dihiraukan lelah dan penat,

Tiba masanya dialah taulan,

Jadi pembela di akhirat kelak.



Tiada gunanya kita berbangga,

Dengan hidup dunia Yang sementara ini.

Angkuh dengan harta kekayaan dan anak pinak,

Sombong dengan pangkat dan kuasa,

Gilakan kemasyhuran,

Yang akhirnya semua menjadi bahan bakar,

Menjadi kayu api,

Yang akan membakar diri kita sendiri,

Akhirnya tak dok untung gapo skaro,



Sanggupkah kita melakukan kemaksiatan?

Sanggupkah kita dimurka Allah?

Demi hanya kerana mencari suka dan reda manusia?,

Jika demikian lah adanya,

Maka nyatalah…..

Dikau telah diperbodohkan Syaitan,

Dek hanya kerana mahu mengecapi,

Kenikmatan palsu Dunia yang fana,

Dengan melupakan kenikmatan Akhirat yang sebenarnya.



Itulah manusia yang amat rugi dan celaka,

Manusia yang telah gagal dalam ujian hidupnya,

Manusia yang telah tewas kepada syaitannya,

Manusia yang telah tunduk kepada Iblis Laknatullahnya.



Melainkan orang-orang yang beriman,

Dan sentiasa beramal soleh,

Dan saling berwasiat dengan kebenaran,

Dan saling Berpesan dengan kesabaran.



Sedarlah kita dari mimpi yang dimainkan syaitan,

Bukalah mata dari tipudaya Iblis,

Bangkitlah dengan Sebutan Zikrullah,

Melangkah dengan suluhan kitabullah.

Bertaubat lah kepada Allah.



“ Bukanlah orang yang bahagia itu, orang yang hidup kaya senang lenang, bahagia yang sebenarnya ialah kelepasan dari api neraka ”

Saturday, June 26, 2010

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


KEUTAMAAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah dan Rasulullah. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Umat Islam kini memang banyak mengakui beriman kepada Allah dan mengasihi Rasulullah. Tetapi sejauh manakah kebenaran pengakuan itu, jika terus enggan mengerjakan suruhan-suruhan Allah dan berselawat kepada Rasulullah?

Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Sejajar dengan itu, selawat kepada Nabi Muhammad merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan mendapat pertolongan dan perlindungan yang istimewa dari Nabi Muhammad serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.


اِنَّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا

Yang bermaksud, Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (member segala penghormatan dan kebaikan) kepada nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya .

(Surah al-Ahzab-56)

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-


Melaksanakan perintah Allah.
Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
Bersamaan dengan selawat para malaikat.
Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat
Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
Allah akan menutupi segala dukacita.
Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
Mendapat darjat al-Sidq.
Ditunaikan segala hajat.
Salam sejahtera pada hari kiamat.
Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
Tidak akan merasai fakir.
Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
Mendapat kesejahteraan daripada doa rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabu Muhammad s.a.w.

Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

Mendapat keberkatan daripada Allah.

Mendapat kesempurnaan iman.

Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan dihadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

Teguh pendirian dengan kebenaran.

Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Disamping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.





Selawat Tajrifiyyah--Amalan Kerezkian

بِسْمِ الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اللّهُمَّ صَلاِّ صَلآةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلآ مًاتَا مًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَلَّذِ ىْ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْظَىْ بِهِ الْحَوَ ءِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّ غَءِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَا مُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلآ آ لِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِكُلِّ مَعْلُوْمِ لَّكْ اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَ مُحَمَّدْ


Friday, June 25, 2010

ANAK ZINA

Tidak syak lagi, apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur dan azab siksa Allah Ta'ala mendekati semua sebagaimana hadis-hadis menjelaskan yang demikian itu :



Maksudnya : "Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah 'azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya."

( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)

Tersebut dalam 'kitab al-Qadha' hadis Ibnu Umar berbunyi :



Maksudnya : "Apabila nyata (zahir) perzinaan maka zahir pula kefakiran dan kemiskinan."

(Hadis riwayat al-Bazzar)

Orang-orang barat telah mengharuskan zina dan lain-lain kejahatan yang seumpama zina, sehingga kerananya kita telah menyaksikan berbagai-bagai azab diturunkan seperti AIDS, penyakit HIV dan lain-lain, yang sebahagiannya itu masih tiada ubat untuk menyembuhkannya.

Sepatutnya, kita semua perlu peka dengan keburukan-keburukan zina itu sambil memahami bahawa ia bukanlah urusan peribadi, tetapi adalah jenayah masyarakat yang amat merbahaya. Ia mestilah dibanteras bersama-sama sehingga ke akar umbinya, berdasarkan ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah Ta'ala mengenainya.



Wednesday, June 23, 2010

Doa Kumayl bin Ziyad


Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dengan rahmatMu

yang meliputi segala sesuatu,

Dan dengan kekuasaanMu yang dengannya Engkau menakluki segala sesuatu,

dan kerananya tunduk segala sesuatu, dan

kerananya merendahlah segala sesuatu,

Dan dengan kekuatanMu yang tidak tertahankan oleh segala sesuatu,

Dan dengan kebesaranMu yang memenuhi segala sesuatu,

Dan dengan kekuasaanMu yang mengatasi segala sesuatu,

dan dengan wajahMu yang kekal setelah punah segala sesuatu,

Dan dengan asmaMu yang memenuhi tonggak segala sesuatu,

dan dengan ilmuMu yang mencakup segala sesuatu,

Dan dengan cahaya wajahMu yang menyinari segala sesuatu,

Wahai Nur, wahai Yang Maha Suci! [Quddus],

Wahai yang Awwal dari segala yang awwal,

Wahai yang Akhir segala yang akhir,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang

meruntuhkan penjagaan,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang

mendatangkan bencana,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang

merusak nikmat kurnia,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang

menyebabkan doa tertahan,
Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang

memutuskan pengharapan,

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku yang akan

menurunkan bala,

Ya Allah, Ampunilah segala dosa yang telah

aku lakukan,

Dan segala kesalahan yang telah aku kerjakan,

Ya Allah, aku datang menghampiriMu dengan

zikirMu,
dan aku memohon pertolonganMu dengan diriMu,

Dan aku bermohon padaMu dengan kemurahanMu,

dekatkanlah daku ke haribaanMu,

dan sempatkan daku untuk bersyukur padaMu,

Dan bimbinglah daku untuk selalu

mengingatMu,

Ya Allah, aku bermohon padaMu,

dengan permohonan orang yang tunduk dan menyerah,

yang hina dan rendah, (yang ketika kesulitan menyampaikan hajatnya

padaMu),

berilah daku kelembutanMu, kasihanilah daku,

Dan jadikanlah daku puas dengan pemberianMu,

dan juga berpuas hati dengan segala keadaan yang menimpaku,

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dengan

permohonan orang yang berat keperluannya,

dan yang menyatakan kepadaMu ketika menghadapi segala kesusahan (berat)

hajatnya,

Dan orang yang kehendaknya terhadap apa

yang ada di sisiMu amat besar,

Ya Allah, Maha Besar KekuasaanMu, Maha Tinggi kedudukanMu,

Dan selalu tersembunyi rencanaMu, selalu tampak kekuasaanMu,

Dan sentiasa tertegak KekuatanMu, dan setiasa berlaku KudrahMu,

Dan tidak mungkin lari dari pemerintahanMu,

Ya Allah, tidak aku dapatkan pengampunan

bagi dosaku,

Dan tiada penutup bagi kejelekanku,

Dan tiada yang dapat menggantikan amalku yang buruk dengan kebaikan,

Melainkan Engkau,

Maha Suci Engkau dengan segala pujiMu,

Telah aku menzalimi diriku sendiri,

Dan telah aku berani melanggarnya dengan kejahilanku,

Akan tetapi aku tetap tenteram,



kerana bersandar pada ZikrMu dan kurniaMu padaku,



Ya Allah, pelindungku,



betapa banyak kejelekan diriku telah Engkau tutupi,



Betapa banyak malapetaka telah Engkau atasi,



Betapa banyak rintangan telah Engkau singkirkan,



Betapa banyak bencana telah Engkau tolakkan,



Dan betapa banyak pujian baik yang tidak layak bagiku telah Engkau

sebarkan



Ya Allah, besar sudah bencanaku, berlebihan

sudah keburukan halku,



Dan rendah benar amal-amalku, berat benar belenggu (kemalasanku),



Dan angan-angan panjangku telah menahan manfa'at dari diriku,



dunia dengan tipudayanya telah memperdayakanku,



Dan diriku (telah terpedaya) kerana tipudayanya,



Wahai Junjunganku, aku

bermohon kepadaMu dengan segala KekuasaanMu,



jangan Engkau hijab doaku kerana keburukan amal dan perangaiku,



Dan jangan Engkau bukakan rahsiaku yang tersembunyi,



yang telah Engkau ketahui,



Dan jangan Engkau segerakan siksa padaku,



Kerana perbuatan buruk dan kejelekan yang aku lakukan dalam

bersendirian,



kerana kebiasaanku untuk melanggar batas, dan kebodohanku,



Kerana banyaknya nafsuku dan kelalaianku,



Ya Allah, dengan kemuliaanMu, sayangilah

diriku dalam segala keadaan,



kasihilah diriku dalam segala perkara,



Ilahi, Rabbi, kepada

siapa lagi selain Engkau,



aku bermohon dihilangkan kesengsaraanku,



dan diperhatikan urusanku,



Ilahi, Pelindungku, Engkau meletakkan

kepadaku hukum,



tetapi di situ aku mengikuti hawa nafsuku,



Dan aku tidak cukup berwaspada terhadap tipudaya (syaitan) musuhku,



Maka terkecohlah aku lantaran nafsuku,



dan berlakulah ketentuanMu atas diriku,



Ketika aku langgar sebahagian batas yang Engkau tetapkan bagiku,



Dan aku bantah sebahagian daripada perintahMu,



namun bagiMu segala pujianku atas semuanya itu,



Tiada alasan bagiku untuk menolak ketentuan

yang Engkau tetapkan bagiku,



Demikian pula hukum dan ujian yang menimpaku.



Aku datang kini mengadapMu, Ya Ilahi dengan segala kekuranganku,



dengan segala kedurhakaanku (pelanggaranku),



Sambil menyampaikan pengakuan dan

penyesalanku,



dengan hati yang hancur luluh,



memohon ampun dan berserah diri dengan rendah hati mengakui segala

kenistaanku.



Kerana segala cacatku ini, Tiada aku

dapatkan tempat untuk melarikan diri,



Dan tiada tempat berlindung untuk menyerahkan urusanku,



selain daripada KehendakMu untuk menerima pengakuan kesalahanku,



Dan memasukkan daku kepada keluasan kasihMu,



Ya Allah, terimalah pengakuanku,kasihanilah

beratnya kesukaran-kepedihanku,



dan lepaskanlah daku dari kekuatan belengguku,



Ya Rabbi,



kasihanilah kelemahan tubuhku,



Dan lembutnya kulitku dan kerapuhan tulangku,



Wahai Tuhan yang mula-mula menciptakanku,



dan menyebutkan, mentarbiyyahku, memperlakukanku dengan baik,



Dan memberiku kehidupan kerana permulaan kurniaMu



kerana Engkau telah mendahuluiku dengan kebaikan,



berilah aku kurniaMu,



Ya Ilahi, Junjunganku, Pemeliharaku,



apakah Engkau akan menyiksaku dengan apiMu,



setelah aku mengesakanMu,



Setelah hatiku tenggelam dalam ma'rifatMu,



Setelah lidahku bergetar menyebutMu,



dan setelah hatiku terikat dengan cintaMu,



Dan setelah segala ketulusan pengakuanku dan permohonanku



seraya tunduk bersimpuh pada RubbubiyyahMu,



Tidak, Engkau terlalu mulia untuk mencampakkan orang yang Engkau

pelihara dan didik,



Atau menjauhkan orang yang Engkau dekatkan,



atau menyisihkan orang yang Engkau naungi,



Atau menjatuhkan bala bencana ke atas orang yang Engkau cukupi dan

Engkau sayangi,



Aduhai diriku! Junjunganku, Tuhanku, Pelindungku,



Apakah Engkau akan melemparkan ke neraka,



ke atas wajah-wajah yang tunduk rebah kerana kebesaranMu,



Dan keatas lidah-lidah yang dengan tulus mengucapkan keesaanMu,



dan dengan pujian mensyukuri nikmatMu,



Dan ke atas kalbu-kalbu yang dengan sepenuh hati mengakui

UluhiyyahMu,



Dan ke atas nurani yang dipenuhi ilmu tentang Engkau,



sehingga bergetar ketakutan,



Dan ke atas tubuh-tubuh yang telah biasa tunduk untuk mengabdiMu,



Dan dengan merendah memohon keampunanMu,



Tidak sedemikian itu sangkaan kami tentangMu,



Padahal telah diberitakan kepada kami tentang keutamaanMu,



Wahai Pemberi Kurnia dan, Wahai Pemelihara,



Dan Engkau mengetahui kelemahanku,



dalam menanggung sedikit dari bencana dan siksa dunia,



Serta kejelekan yang menimpa penghuninya,



Walhal semua itu singkat masanya, sebentar berlalunya, dan pendek

usianya,



Maka apakah mungkin aku sanggup menanggung bala akhirat,



dan makar yang berat bersama-samanya,



Bencana yang panjang masanya dan kedudukan (menanggungnya) berkekalan,



Serta tidak diringankan bagi orang yang menanggungnya,



kerana semuanya tidak terjadi melainkan kerana murkaMu,



dan kerana balasan dan amarahMu,



Dan inilah, yang bumi dan langit,



pun tidak sanggup memikulnya,



Wahai, Junjunganku,

bagaimanakah mungkin aku (sanggup menanggungnya)?



dan sedangkan aku hambaMu yang lemah, rendah,

hina, malang, dan miskin,



Ya Ilahi, Tuhanku, Junjunganku, Pelindungku!



Urusan apa lagi

kiranya yang akan aku adukan kepadaMu?



dan mestikah aku menangis menjerit?



Kerana kepedihan dan

beratnya siksaan?



atau kerana lamanya cubaan?



Sekiranya Engkau

siksa aku berserta musuh-musuhMu,



Dan Engkau himpunkan

aku bersama penerima bencanaMu,



Dan Engkau pisahkan

aku dari para kekasih dan awliyaMu,



Oh...andainya aku,



Ya Ilahi, Junjunganku, Pelindungku, Tuhanku!



Sekiranya aku dapat

bersabar menanggung siksaMu,



mana mungkin aku mampu bersabar berpisah dariMu?



Dan seandainya aku

dapat bersabar menahan panas apiMu,



mana mungkin aku bersabar tidak melihat kemuliaanMu?

Mana mungkin aku

tinggal di neraka,



sedangkan harapanku adalah kemaafanMu,



Demi kemuliaanMu,

wahai Junjunganku dan Pelindungku!



aku bersumpah dengan tulus,



sekiranya Engkau biarkan aku berbicara,



Aku akan meratap

kepadaMu di tengah penghuni (neraka)



dengan ratapan orang yang menaruh harapan,



Dan aku akan

menangis kepadaMu,



dengan tangisan orang yang mengharapkan pertolongan,



Dan aku akan merintih sebagaimana rintihan

orang yang serba kekurangan,



Dan aku akan

menyeruMu, di mana jua Engkau berada,



Wahai Pelindung kaum Mu'minin,



Wahai tujuan harapan kaum arifin,



Wahai lindungan

orang yang memohon perlindungan,



Wahai kekasih kalbu para pencinta kebenaran,



Wahai Tuhan seru

sekalian alam,



Maha Suci Engkau Ya Ilahi, dengan segala pujiMu,



Akankah Engkau

dengar di sana suara hamba Muslim,



yang terpenjara dengan keengkarannya,



Dan yang merasakan

azabnya kerana kemaksiatannya,



Dan yang terperosok

di dalamnya kerana dosa dan nistanya,



Dan ia merintih

padaMu dengan mengharapkan rahmatMu,



dan ia menyeruMu dengan lidah ahli tauhidMu,



dan ia bertawassul padaMu dengan RububiyyahMu,



Wahai Pelindungku!



Bagaimanakah mungkin ia kekal dalam siksa,



sedangkan ia berharap pada kebaikanMu yang terdahulu,



Mana mungkin neraka menyakitinya,



sedangkan ia mendambakan kurnia dan rahmatMu,



Mana mungkin

nyalaan api neraka membakarnya,



sedangkan Engkau mendengar suaranya dan

Engkau melihat tempatnya (di mana dia berada),



Mana mungkin

jilatan api mengurungnya,



sedangkan Engkau mengetahui kelemahannya,



Mana mungkin ia

jatuh bangun di dalamnya,



sedangkan Engkau mengetahui ketulusannya,



Mana mungkin

Zabaniyah menghempaskannya,



sedangkan ia memanggil-manggilMu: Ya Rabbi!,



Mana mungkin ia mengharapkan kurnia

kebebasan daripadanya,



lalu Engkau meninggalkannya di sana,



Tidak, tidak

demikian itu sangkaku



Monday, June 21, 2010

CERITA MAQAM ANAK SOLEH

Berikut ini kisah yang penuh hikmah KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI:
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.



“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.



“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah

Monday, June 14, 2010

Doa Di Bulan Rejab

Doa sepanjang bulan Rejab
Antara doa yang digalakkan dibaca pada bulan Rejab ialah doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a, bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdoa:

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."

Wahab ibn Munabbih berkata: Saya telah membaca di dalam kitab-kitab Allah yang diturunkan menyatakan: "sesiapa yang beristighfar kepada Allah s.w.t pada bulan Rejab, pagi dan petang sambil mengangkat kedua belah tangannya, dengan doa istighfar ini sebanyak 70 kali, maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka."

اللهم اغفرلي وارحمني وتب علي

"Ya Allah! Ampunilah dosaku dan rahmatilah daku serta terimalah taubatku."

Telah berkata Sayyid al Qutb al Rabbani Syeikh Abdul Qadir al Jailani r.a, "Di antara doa yang dituntut untuk diamalkan pada awal bulan Rejab ialah:

إلهي تعرض لك في هذه الليلة المتعرضون ، وقصدك القاصدون ، وأمل فضلك ومعروفك الطالبون ، ولك في هذه الليلة النفحات وجوائز ،وعطايا ومواهب ، تمن بها على من تشاء من عبادك، وتمنعها ممن لم تسبق له العناية منك، وهآنذا عبدك الفقير إليك، المؤمل فضلك ومعروفك، فإن كنت يا مولا تفضلت في هذه الليلة على أحد من خلقك، وجدت عليه بعائدة من عطفك، فصل على سيدنا محمد وأله وصحبه ، وجد علي بطولك ومعروفك يا رب العالمين

"Tuhanku!Orang-orang yang berdoa telah memanjatkan doanya kepadaMu pada malam ini. Begitu juga orang-orang yang menuju kepada keredhanMu. Dan bagiMu pada malam ini, pemberian-pemberian, ganjaran-ganjaran, hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah yang Engkau kurniakan kepada sesiapa yang mendapat inayah daripadaMu. Aku pula adalah hambaMu yang amat berharap kepadaMu; yang menginginkan kurniaan dan kebaikanMu. sekiranya Engkau wahai Tuhanku, pada malam ini mengurniakan kurniaanMu kepada seseorang dari makhlukMu, dan Engkau berlaku pemurah kepadanya dengan bantuan dan kelembutanMu, maka cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan kurniakanlah kepadaku pemberian dan kebaikanMu, wahai Tuhan pemilik sekalian alam!"
Doa Sayyidina Ali r.a

Sesungguhnya Sayyidina Ali r.a meluangkan masanya untuk beribadah pada empat malam dalam setahun iaitu pada malam awal bulan Rejab, malam Aidilfitri, malam Aidiladha dan malam Nisfu Sya'aban. Di antara dianya pada malam tersebut ialah:

اللهم صل على محمد ى وأله مصابيح الحكمة، وموالي النعمة ، ومعادن العصمة، واعصمني بهم من كل سوء ، ولا تأخذني على غفلة، ولا تجعل عواقب أمري حسرة وندامة، فإن مغفرتك للظالمين، وأنا من الظالمين، اللهم اغفر لي مالا يضرك، وأعطني مالا ينفعك، فإنك الواسعة رحمته، البديعة حكمته، فأعطني السعة والدعة، والأمن والصحة، والشكر والمعافة والتقوى، وأفرغ الصبر والصدق علي وعلى أوليائك، وأعطني اليسر، ولا تجعل معه العسر، واعمم بذلك أهلي وولدي وإخواني فيك، ومن ولدني من المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات
Ya Allah! Cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang merupakan lampu-lampu hikah, penjaga nikmat dan galian yang terpelihara. Peliharalah daku dengan keberkatan mereka, dari setiap kejahatan. Janganlah Engkau cabut nyawaku ketika aku berada dalam kelalaian dan kealpaan. Janganlah Engkau jadikan kesudahan urusanku dengan kerugian dan penyesalan. Redhailah aku kerana kesempurnaanMu untuk orang-orang yang melakukan kezaliman dan aku termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kezaliman. Ya Allah! Ampunilah aku (di mana keampunanMu itu) tidaklah memudharatkanMu, dan kurniakanlah kepadaku dengan sesuatu yang tidak memanfaatkanMu kerana sesungguhnya Engkau mempunyai rahmat yang luas dan hikmah yang luar biasa. Maka kurniakanlah kepadaaku kelapangan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kesyukuran, kesejahteraan dan ketaqwaan. Sempurnakanlah kesabaran dan kebenaran ke atasku dan juga wali-waliMu. Kurniakanlah kepadaku kemudahan (untuk mentaatiMu) dan janganlah Engkau jadikan bersama kemudahan itu kepayahan. Liputilah kurniaan itu ke atas keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku dari kalangan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat."

sumber : Syeikh Fuad bin Kamaludin Al Maliki, Yayasan SOFA.