http://books.google.co.id/books?id=rQt5OAvlO9kC&lpg=PP1&dq=matematik%20pmr&hl=id&pg=PA1#v=onepage&q=matematik%20pmr&f=false

Monday, June 14, 2010

Doa Di Bulan Rejab

Doa sepanjang bulan Rejab
Antara doa yang digalakkan dibaca pada bulan Rejab ialah doa yang diriwayatkan daripada Anas r.a, bahawa apabila menjelang bulan Rejab, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam berdoa:

اللهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

"Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."

Wahab ibn Munabbih berkata: Saya telah membaca di dalam kitab-kitab Allah yang diturunkan menyatakan: "sesiapa yang beristighfar kepada Allah s.w.t pada bulan Rejab, pagi dan petang sambil mengangkat kedua belah tangannya, dengan doa istighfar ini sebanyak 70 kali, maka dia tidak akan disentuh oleh api neraka."

اللهم اغفرلي وارحمني وتب علي

"Ya Allah! Ampunilah dosaku dan rahmatilah daku serta terimalah taubatku."

Telah berkata Sayyid al Qutb al Rabbani Syeikh Abdul Qadir al Jailani r.a, "Di antara doa yang dituntut untuk diamalkan pada awal bulan Rejab ialah:

إلهي تعرض لك في هذه الليلة المتعرضون ، وقصدك القاصدون ، وأمل فضلك ومعروفك الطالبون ، ولك في هذه الليلة النفحات وجوائز ،وعطايا ومواهب ، تمن بها على من تشاء من عبادك، وتمنعها ممن لم تسبق له العناية منك، وهآنذا عبدك الفقير إليك، المؤمل فضلك ومعروفك، فإن كنت يا مولا تفضلت في هذه الليلة على أحد من خلقك، وجدت عليه بعائدة من عطفك، فصل على سيدنا محمد وأله وصحبه ، وجد علي بطولك ومعروفك يا رب العالمين

"Tuhanku!Orang-orang yang berdoa telah memanjatkan doanya kepadaMu pada malam ini. Begitu juga orang-orang yang menuju kepada keredhanMu. Dan bagiMu pada malam ini, pemberian-pemberian, ganjaran-ganjaran, hadiah-hadiah dan anugerah-anugerah yang Engkau kurniakan kepada sesiapa yang mendapat inayah daripadaMu. Aku pula adalah hambaMu yang amat berharap kepadaMu; yang menginginkan kurniaan dan kebaikanMu. sekiranya Engkau wahai Tuhanku, pada malam ini mengurniakan kurniaanMu kepada seseorang dari makhlukMu, dan Engkau berlaku pemurah kepadanya dengan bantuan dan kelembutanMu, maka cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan kurniakanlah kepadaku pemberian dan kebaikanMu, wahai Tuhan pemilik sekalian alam!"
Doa Sayyidina Ali r.a

Sesungguhnya Sayyidina Ali r.a meluangkan masanya untuk beribadah pada empat malam dalam setahun iaitu pada malam awal bulan Rejab, malam Aidilfitri, malam Aidiladha dan malam Nisfu Sya'aban. Di antara dianya pada malam tersebut ialah:

اللهم صل على محمد ى وأله مصابيح الحكمة، وموالي النعمة ، ومعادن العصمة، واعصمني بهم من كل سوء ، ولا تأخذني على غفلة، ولا تجعل عواقب أمري حسرة وندامة، فإن مغفرتك للظالمين، وأنا من الظالمين، اللهم اغفر لي مالا يضرك، وأعطني مالا ينفعك، فإنك الواسعة رحمته، البديعة حكمته، فأعطني السعة والدعة، والأمن والصحة، والشكر والمعافة والتقوى، وأفرغ الصبر والصدق علي وعلى أوليائك، وأعطني اليسر، ولا تجعل معه العسر، واعمم بذلك أهلي وولدي وإخواني فيك، ومن ولدني من المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات
Ya Allah! Cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang merupakan lampu-lampu hikah, penjaga nikmat dan galian yang terpelihara. Peliharalah daku dengan keberkatan mereka, dari setiap kejahatan. Janganlah Engkau cabut nyawaku ketika aku berada dalam kelalaian dan kealpaan. Janganlah Engkau jadikan kesudahan urusanku dengan kerugian dan penyesalan. Redhailah aku kerana kesempurnaanMu untuk orang-orang yang melakukan kezaliman dan aku termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kezaliman. Ya Allah! Ampunilah aku (di mana keampunanMu itu) tidaklah memudharatkanMu, dan kurniakanlah kepadaku dengan sesuatu yang tidak memanfaatkanMu kerana sesungguhnya Engkau mempunyai rahmat yang luas dan hikmah yang luar biasa. Maka kurniakanlah kepadaaku kelapangan, kesenangan, keamanan, kesihatan, kesyukuran, kesejahteraan dan ketaqwaan. Sempurnakanlah kesabaran dan kebenaran ke atasku dan juga wali-waliMu. Kurniakanlah kepadaku kemudahan (untuk mentaatiMu) dan janganlah Engkau jadikan bersama kemudahan itu kepayahan. Liputilah kurniaan itu ke atas keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku dari kalangan Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat."

sumber : Syeikh Fuad bin Kamaludin Al Maliki, Yayasan SOFA.

No comments: